Saluran pemasaran boleh merangkumi lebih daripada fasa-fasa ini pada satu masa yang sama. Fasa pertama yang sangat penting iaitu kesedaran. Kami telah memperluaskan rangkaian perniagaan kami dengan mewujudkan platform media sosial iaitu Facebook dan Instagram. Dengan adanya platform media sosial ini, kami dapat meluas dan memperkenalkan lagi perniagaan kami. Melalui platform media sosial ini juga, perniagaan kami akan lebih berpontensi pelanggan.
Berpotensi pelanggan bermaksud mereka yang belum mencuba atau membeli produk kami berkemungkinan besar akan minat terhadap produk kami dan menjadi pelanggan tetap kami. Disamping itu, kami juga menggunakan platform media seperti WhatsApp dalam mengembangkan perniagaan. Melalui WhatsApp, kami akan mempromosi dan mengiklankan produk kami dengan lebih mudah kerana pelanggan boleh menghubungi kami bagi melihat produk yang kami jual. Mereka juga boleh membuat pesanan bagi menggunakan servis penghantaran secara tunai. Dalam memasarkan perniagaan ini, kami juga telah memilih tempat yang sesuai untuk menjual produk kami bagi memudahkan pelanggan datang secara langsung untuk membeli.
Fasa seterusnya iaitu penilaian, kami akan memuat naik beberapa keping gambar produk kami berserta harga di media sosial. Kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pelanggan kami yang memesan secara atas talian. Dengan ini, mereka dapat membuat pesanan hanya dengan menggunakan media sosial kami iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp dan hanya menunggu pesanan dihantar ke rumah mereka.
Fasa terakhir ialah selepas penjualan. Kami akan meminta pelanggan memberi maklum balas mengenai produk kami bagi membolehkan kami meningkatkan kualiti dan perkhidmatan perniagaan kami serta mampu menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku semasa proses jual beli.
No comments:
Post a Comment