Sando Fruit Deli' memberikan tumpuan kepada masyarakat tempatan dan pelajar UMS. Dalam segmentasi ini, kami dapat membuat profil pelanggan untuk memahami keperluan pelanggan kami. Pengusaha perlu lebih memahami pelanggan. Oleh itu, kami berjaya memberikan cara untuk pelajar dengan menjual sandwich bersama air milo dan jeruk buah bagi mengisi perut sebelum memulakan kelas atau di asrama. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan untuk para pelajar di kolej kediaman mahupun di dewan kuliah.
Sando Fruit Deli' menyediakan promosi untuk pelanggan kami melalui harga kombo yang jauh lebih murah berbanding ala carte yang dapat memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pelanggan kami boleh mendapatkan harga yang lebih murah dan menggunakan perkhidmatan kami bagi penghantaran makanan yang dipesan melalui media sosial.
No comments:
Post a Comment