Tuesday, July 21, 2020

Tawaran Nilai

Sando Fruit Deli’ menawarkan sumber makanan yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Hal ini disebabkan Sando Fruit Deli’ menyediakan makanan yang menjadi kegemaran pada masa kini seperti sandwic beserta dengan air milo dan jeruk. Bukan itu sahaja, malah pelanggan lebih menyukai produk makanan seperti ini disebabkan proses dalam menyiapkan makanan dan minuman tidak memakan masa yang panjang.

Seterusnya, pelanggan setia yang membeli makanan dan minuman dari Sando Fruit Deli’ akan mendapat potongan harga yang berpatutan dan murah. Walaupun terdapat jenis produk makanan dan minuman yang dijual adalah sama oleh peniaga lain tetapi berbeza jika dibandingkan dari segi harga yang ditetapkan. Harga makanan dan minuman juga adalah dibawah RM6 dengan potongan harga yang hanya diberikan untuk pelanggan setia.   

No comments:

Post a Comment